Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada perkemabngan sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan menghadapi masalah diprasekolah dan juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan mantap.
Perkembangan sosioemosi merangkumi aspek;
1. Mengenali diri dan menguru emosi sendiri.
2. Pencampaian emosi yang positif.
3. Pembinaan konsep kendiri positif.
4. pembinaan kemahiran berinteraksi.
5. pembinaan kemahiran sosial.
TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA
Tunjang Fizikal dan Estetika merangkumi perkembagan Fizikal dan penjagaan kesihatan serta Perkemabngan Kreativiti.
Perkembangan Fizikal dan penjagaan kesihatan
pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk;
1) Perkembangan Fizikal
* Meningkatkan kemahiran motor halus.
* Meningkatkan kemahiran motor kasar.
* Memahirkan koodinasi mata tangan.
2) Penjagaan Kesihatan
* Pembinaan amalan penjagaan kesihatan.
* Menjaga kebersihan persekitaran.
* Mengamalkan pemakanan yang berkhasiat.
3) Keselamatan diri
* Menekankan aspek keselamatan diri daripada sumber (kemalangan, Bahaya)
* Mengetahui langkah menjaga kehormatan diri.
Perkembangan Kreativiti
Perkembangan kreativiti merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif. Tunjang ini lebih menekankan proses daripada produk. Kanak-kanak diberi pelunag untuk melahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti.
1) Fokus seni visual.
* Aplikasi seni - Proses mengenal dan menghasilkan bahan untuk menghasilkan sesuatu karya.
* Ekspresi Kreatif - Proses menghasilkan karya.
* Apresiasi Seni - Proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap persekitaran dan hasil kerja orang lain.
2) Pendidikan muzik
* Aktiviti menyanyi.
* Pengalaman awal memainkan perkunsi.
* Penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvisasi.
* Apresiasi muzik.
3) Drama dan Gerakan Kreatif.
* Main Peranan.
* Berlakon.
* Menari
* membuat gerakan secara kreatif.
tak sabar nak hantar anak ke sekolah. . . . .
BalasPadamcikgu tak sabarnye saya nak ke sekolah.
BalasPadam