Sejarah

        Prasekolah Nur-Amal dibina pada penghujung tahun 2003. Proses pengubahsuaian telah dibuat pada bangunan  lama ko-kurikulum. Pengubahsuaiannya mengambil masa kira-kira 4bulan sahaja. Bermula bulan Ogos 2003 hingga Disembar 2003. Matlamatnya agar awal tahun 2004 kelas sudah boleh digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

        Pn Rosmawati telah dihantar berkrusus selama 14 minggu di Makktab Perguruan Batu Pahat, bermula awal bulan Februari hingga bulan akhir bulan Mei tahun 2003. Sebagai guru pemulihan khas, Pn Rosmawati terpaksa meninggalkan bidang tugasnya untuk beralih ke prasekolah.

        Bermulalah tugas mencari murid-murid pra bagi tahun yang pertama. Tugas-tugas pengambilan pelajar dijalankan bermula pada bulan September 2003. Disamping itu, jawatan kosong juga diedarkan dikawasan sekitar untuk mencari pembantu pengurusan murid.

      Alhamdulillah berkat kesabaran dan keizinan dari yang maha esa. Prasekolah ini masih bertahan sehingga kini dengan guru yang sama dan mendapat pembantu pengurus murid yang tetap.





Setelah diubahsuai
Beberapa sudut prasekolah yang telah mendapat sentuhan guru dibantu oleh PPM.


Tangga






Dapur

Tandas 

Tandas setelah dihias





Bangunan Prasekolah


Setelah dihias

Pintu ke dua


Pandangan depan

       




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih bagi pendapat pada blog saya.